Monday, February 24, 2014

Golongan Elit!

assalamualaikum wth.

hoi hoi...lame x update blog aku yg mmg aku sorg je yg bc haha...
hari ni aku terasa nk update plak...sebenarnye dh 2,3 hari nk update tp malas nk menulis.
rasa mcm da beku sgt dah penulisan aku ni..tp hr ni aku cuba jgk akhirnya..hahaha..
bile da start tulis, ok la...ms nak start tu yg payah...ceh! ni bkn isu ni yg aku nk ketengahkan..adeh!

ok lah, mcni...
bru2 ni aku di jemput oleh anak kepada mak angkat mak aku..kire keluarga angkt mak aku la senang citer.
aku dijemput ke majlis cukur jambul anak die...yg dilangsungkan di masjid kt kelana jaya. jadi, aku pergi dgn abg aku dan 2 org anak buah aku. Pada mulanya aku mcm mls nk ikut...sbb aku rasa agak awkward dgn family diorg ni. Diorg boleh dikatakan golongan elit atau educated la. Tp diorg ok la...x berlagak dan baik. Kaya tu mmg sah kaya la..mjlis ckur jmbul pon buat kt masjid siap ad kmbing golek n nasi beriani lg.

So..the point is..aku segan lau bergaul dgn org2 yg hadir ni..sbb diorg pon dr golongan elit. lau nk borak2 rs mcm humble je..huhu. Bayangkan..time aku mkn aku dudk semeja dgn bdk2 sekolah rendah, sbb table lain da penuh dgn mak bapak elit ni -.-

sambil aku duk mkn..ade la 4,5 org bdk duk mkn skali. tetibe ade sorg bdk pompuan tegur bdk laki sebelah aku...aku just pasang telinga je.

girl : eh, awk2...awk ckp bhasa ape..english or melay?
boy : alaah...dua2 boleh.
girl : lau cmtu nk tnye, ape maksud micro organism?
boy : thats standard 5 words not standard 4 words!
girl : blaaaa bla bla
boy : bla bla bla

aku tercengang..ap diorg borak ni???
kusangkakan duduk dikalangan budak2 aku yg elit...tp mereka tetap elit.
dlm hati aku...untunglah ko lahir dr golongan elit!

Saturday, October 26, 2013

Diam aku...

assalamualaikum....

ungkapan paling indah bagi kebiasaan permulaan ayat dlm setiap entry yang pernah aku "publish".
Sebelum ni pernah aku post 1 entry semasa sehari sebelum sambutan hari raya qurban.

Hari ni jari aku mula kembali bertumbukkan diatas papan kekunci yang semakin usang...walau tidak seutuh dulu, tp aku gagahkan juga. Ini bermakna 12 hari atau hampir 2 minggu aku diam seketika. Diam aku bukan sahaja di laman bernama "blogger" bahkan juga kehidupan maya yang digilai umat manusia millenium iaitu "facebook". Diam aku juga bukan terbatas disitu, namun diam aku...terus diheret dari pekikan sistem android "whatsapp", "kakao Talk", "weechat", "viber" dan segala kecanggihan termasuk "acer aspire" aku yang dah berusia 4 tahun dibawah jagaan aku.

...........Tarikh keramat 24, 25, dan 26 bulan Oktober telah pun tiba..........

Berlangsungnya hari yang kutunggu selama 3 tahun dengan penuh harapan serta disulangi kesabaran, perit, suka dan duka.....akhirnya musnah tanpa diduga. Ya! Majlis Graduasi atau Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan di PICC Kuala Lumpur hanya tinggal kenangan yang tak mungkin wujud 2 kali. Dek kerana "diam" aku yg terseret....sekaligus aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis yang bermakna itu.

Hari makin berlabuh. Aku masih diam. Hanya kadang2 smart phone membingit dan diberi tindak balas. Itu pun bukan secara terus. Entah mesej dihantar bila baru sekarang diberi respon. Semua ini disebabkan kapsul2 dadah yang terpaksa aku telan. Bluerk!...pahitnya kurasa setiap 4 jam, sampaikan aku tak berdaya tuk hidup normal dek kerana kesan dadah itu...badanku jadi lemah dan sentiasa membuat aku terasa berada didalam kepompong.....justeru aku diam.

...................................Rawatan Pakar.............................

Entah bila aku akan sembuh dari penyakit ni. Sukar aku nak describe. Rawatan pakar pertama aku jumpa Dr. Lee. Satu das injection singgah di pinggul aku yang dah lama berselindung. Katanya aku mengalami masalah saraf berdasarkan penerangan aku dimana aku merasa sakit seluruh badan seperti ditumbuk dan jatuh. terasa sakit disetiap otot dan urat. Tambahan ketika itu aku bercampur demam. Maka aku telah di iktiraf sebagai pesakit urat saraf atau demam urat kata org kampung. Lalu aku dibekalkan dengan kapsul2 dan butang2 dadah.

Tak habis disitu.....sakit saraf aku mula merebak ke bahagian jari tangan kiri, Siku kiri, lutut kanan dan tapak kaki kiri. Aku semakin hairan. Kenapa reseptor sakit kian menggila? Aku menahan rasa itu, tapi tak tertanggung apabila jari manis kiri aku bengkak seperti diisi kekabu bantal. Sakitnya bukan kepalang...hanya air batu menjadi peneman.

Rawatan pakar diambil sekali lagi. Kali ni Dr. Suhaimi pula. Hasil dari penelitian...aku disahkan mengalami radang. Radang? aku pun kurang mengerti...kerana anggaran itu di susuli dengan ujian darah dan air kencing yang dpt diketahui selepas 1 minggu. Akhirnya semalam aku mengambil report ujian darah dan urin. Sel darah putih aku meningkat. Ini bermakna aku mengalami jangkitan kuman dalam bdn. Ubat kian bertambah, sakit makin menggila. Akhirnya Pakcik aku berikan ubat Gout. Ya...simptom yg aku alami saling tak tumpah seperti gout. Maka aku makan kesemua ubat yang diberikan. Ubat saraf, ubat radang, ubat gout dan ubat herba! Hapir 30 biji pil 1 hari aku telan. Sampaikan 1 malam tu aku hampir pengsan kerana tindak balas ubat yang keterlaluan mungkin.

Alhamdulillah...hari ini aku sudah semakin baik. Tapi jari aku masih lagi sakit dan tidak normal (membengkok)....tak boleh digerakkan dan lutut kaki kiri masih lagi mencucuk. Tapi aku sudah boleh berjalan dan membancuh air dgn sendiri. Aku tidak lagi terdampar diatas tilam berhantu itu lagi. 

.................................................Rakan rakan....................................................

Rakan2? hanya sorang je aku bg tahu iaitu kechik. Bukan aku nak merahsiakan. Tp aku rasa selesa jika tiada orang yang tahu. Aku cukup rimas jika diketahui mereka yang tak  putus2 bertanya dan tak putus2 memberi ucapan di "muka buku" berkenanan sakit yang aku alami. Untuk apa semua itu!? Cukuplah sekadar diucapkan pada private message. Tak perlu nak digembar gemburkan. Cukup lah kecik sahaja yang tahu. itu pon aku terpaksa bg tahu sebb aku takut dia igt aku nk menarik diri dari bisnes yg kami sedang jalankan. Skali skala aku menjengah ke 'muka buku" melihat gmbar rakan2 yg sedang bersorak gembira meraikan hari konvokesyen. Cukuplah sekadar melihat teman2 gembira. Aku? hmmmm....aku tak mmpu jelaskan.

bhgian atas makin bengkak mcm mata cincin dah..sakit giler!!

jari manis bengkak mendadak bhgn sendi..kalau belah akn keluar mcm kapur.

nak kasi sejuk dan surut bengkak. daun semalu.
*nota kecil ----->

# maaf kepada kecik yg terpaksa diamkan perkara ni disebabkan aku suruh dia jgn hebohkan.
# kepada kenalan yg terbaca blog aku ni...cukuplah sekadar pengetahuan kamu disini.
# blog ni hanya ditulis untuk tatapan sendiri dihari tua....jika ada yang membaca, jd kan bahan bacaan ini yg      mmpu membuang masa anda.


Monday, October 14, 2013

Cuti Raya Haji

assalamualaikum...wht.

aku rasa sudah lebih sepurnama aku x meng"update" blog aku ni...since aku tinggalkan kampung trus aku busy dgn kehidupan aku di kuala lumpur. Sekarang aku dah kembali ke kmpung halaman. Kebetulan abgku mahu pulang beraya haji di kampung, jadi aku tumpang sekaki. 
Tapi kepulangan untuk bercuti dan bersuka ria bertukar menjadi sedikit duka. Hah! duka yg xde lah duka sangat. Tapi agak menyakitkan. Demam Urat. Yaa...demam yg tak pernah aku alami sepanjang umur hidupku. Hari ni merupakan hari ketiga aku dikampung. Maka 3 hari lah aku melewati hari2 yang mendukacitakan ini.
Hari pertama, sesampai aku dikampung...keluar je dari kereta aku rasa mcam urat2 dan sendi2 aku sakit. Aku membuat andaian tersendiri. Mungkin sebab aku tidur sepnjg perjalan dan duduk dlm posisi yg menggerikuk menyebabkan sendi dan urat ku jd tersekat dan sakit. Disamping kerongkong aku memang dah terasa sakit2 petanda aku kan demam sekejap lagi. Tapi aku degil dan membiarkan virus2 itu terus menceroboh sekujur tubuh aku tanpa disekat oleh parasitamol. 
Hari ke dua aku demam dan badan2 aku rasa macam dibelasah sekumpulan gangster. Mane x sakit...semua urat2 aku rasa mcm dipotong dan rasa sakit seperti ditumbuk. di pinggang, tapak kaki, peha, dan siku. manakala bhgn lipatan ibu jari kiri serta hujung ibu jari kaki terasa seperti digigit serangga. Aku pun ade terfikir macam kene gangguan makhluk halus. tapi aku x pasti...dan mungkin tidak. Malam tu aku mkan ubat.
Hari ketiga, aku bngun tidor, rasa sakit dah kurang, sakit tekak da kurang, tapi masih ada rasa sakit di bahagian tapak kaki kiri, sendi kaki kanan dan siku sebelah kiri. Aku rasa mcm dah orang cacat jalan terhincut2. 
Bilalah agaknya sakit ni nk hilang...doa dan tawakal je lah.

# Esok dah 15 hb 10 bersamaan hari raya qurban. Selamat hari raya haji kepada para muslimin dan muslimat.

Tuesday, September 10, 2013

Super Spontan!

Assalamualaikum semua kepada pembaca...
hari ni aku ade sedikit pandangan...atau lebih kearah keluhan mungkin?

Siapa yg dah tgk Super Spontan 2013?? aku rasa, ramai diantara kita yg dah tgk. Aku sndri pon dah tgk walau siaran astro rmh aku ni xde channel tu. Aku tgk online je hahaha. Sape x minat dengan pelawak2 kita yg sgt kelakar dan mencuit hati bila bertelatah di atas pentas...lebih2 lagi secara spontan. Aku juga merupakan peminat diorg.
Tapi aku kurang berkenan betul dgn idea permainan yg masak2 tu. Mmg dari sblm 2013 lagi. Sebab pembaziran makan. Sebelum ni aku ad tgk 1 video (bkn super spontan) dimana ada seorang artis perempuan ni mempermainkan makanan...dengan melenyekkan burger menggunakan tangan...justeru ia terus menjadi 1 isu yang agak hangat. Namun jika dibandingkan dgn super spontan, aku rasa ia lg teruk. Mee kuning di lunyai2kan diatas kepala buat mcm rambut, dilunyaikan pada muka dan dicampakkan ke lantai. Lepastu Telur rebus yang sudah siap dikopek dan dibelah, di ramas2 sehingga hancur dan disapu ke muka dan dicampakkan ke ke lantai. Masih banyak lagi bahan2 lain yang berunsur makanan diperbuat sebegitu rupa. Aku sangat sedih melihat rezeki yg dikurniakan di buat sedimikian rupa. Aku sendri rasa sayang pada telur2 dan mee kuning tu...sbb aku suke mkn rojak mee mamak!. Dalam hati aku ms tgk aksi tu rasa mcam x msuk akal perkara ni di pertontonkan didalam kaca tv dan diperhatikan oleh semua rakyat malaysia tanpa segan silu dan bersalah. Walaupun ia sekadar untuk melawak, tapi ia tetap satu perbuatan yg sangat keji. Sebagai contoh, lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalaman. Bersalam itu bagus dan tanda penghormatan, tapi jika bukan muhrim ia tetap menjadi satu dosa. Nampak??
Bukankah masih banyak lagi cara atau idea lain untuk berlawak. Kalau nak sangat menggunakan bahan seperti mkanan, gunalah mkanan palsu yg bkn diperbuat drpd makanan betul. Jika sekadar membuka gelanggang, tapi tidak memikirkan akan akibat dan bahana yg bakal timbul...dimana ketelusan dan kreativitinya? Bukanlah aku ingin menunjuk yang aku ni bagus, aku juga tidak sempurna. Akan tetapi, ini jelas menunjukkan sikap, jati diri dan peribadi (islam) pada insan masa kini (rakyat malaysia yg aman dan maju) sudah semakin luntur.
Cuba kita lihat disekeliling kita. Masih ada org yg makan sekadar sekali sehari berikat perut kerana tidak mampu. Tapi masih ada mereka2 yang mempermainkan makanan sebegitu rupa dan dipertontonkan secara luas tanpa rasa bersalah. Masyarakat kini seolah2 boleh menerima penghinaan seperti ini. Dulu ms kecik2, ayah atau ibu kita akan larang dan marah kita buat sesuatu yg salah...tapi kini bile kite dah besar, kita lah yang akn mewarisi perjuangan org tua kita. Bukan Mengiakan dan melihat sahaja perkara yang dilarang. 

Disini, aku hanya memberi pandangan dari sudut peribadi aku sendiri. Bukan brniat untuk menunjukkan diri ini lebih molek dari kalian. Sedangkan diri ini juga masih banyak kekhilafan. 

Dengan ini, marilah kita berdoa kepada Allah swt...agar dilindungi iman kita, dipelihara diri kita dari kesempitan pemikiran melakukan perkara2 yang tidak sihat dan berdoa agar sentiasa menjadi seorang hamba yang tidak terlepas mendapat hidayahnya.



Yang Cakna,
AM | Aimi Mokhtar

Monday, September 9, 2013

Hadiah Dari Doktor!

Assalamualaikum..hye!

Apa habaq semua..hehe...kali ni xde ap nk di post kan...cuma tgn ni gian nk menaip haha. Blog pon x ramai yg follow..tp xpe, at least tua nanti ad jugak sentimental value nk ditunjukkan kat anak dan cucu.. korang hado?? hahaha...riak la pulak diriku ini.

Owh! teringat plak td, ceh..dlm xde citer ade jugak nk diceritakan..hahaha. Tetibe teringat lah! nk watcmneeeee..huhu. Tadi tgh hari aku ad appointment dgn doktor gigi. bleh pulak aku confuse dgn tarik hari ni...appointment 9/9  tp aku tgk kt hp aku hr ni 8/9...aku pun musykil...aku tk puas hati aku tgk kt hp aku lg satu...tadaa! 9/9....dan aku jd makin konfuse sbb tak thu mn satu yg betul...tak puas hati lg, aku p tgk tarikh kt hp ayah aku plak... 4/1/2013 hr jumaat! langsung tak masuk akal..hhahahaha! aku trus jd bengong....smbil tertanya, hr ni hr ape ek??? tanya ayah...ayah ckp errrr...errrr...isnin kot. terus aku amek kalendar. Ha! btl la hr isnin, 9/9...tp btl ke hr ni hr isnin?? sbb td jwpn ayah mcm dalam confident level yg rendah. Tp aku macam rs btul la kut..trus amek motor dan jalannn. lalu dpn umh spupu kebetulan ad sepupu kt luar rumah.. just nk double confirmkan je...so tnye la die..tanya die pon mcm x pasti...tetibe ad kwn die lalu dgn moto...sempat jgk tnye kwn die walau keadaan moto agak laju dan tidak berhenti sambil jawb...9 haribulan!!! hahahaha....macamtu sekali... tp jwpn tu mmg aku confident giler! sbb dijawab dgn pantas, laju, dan jelas...hahahah!! 

Aku pon ape lg...masuk gear, henjut moto la p klinik gigi marang. Kehadiran aku keklinik ni sbb nak tampal gigi. Hari tu cabut gigi...hr ni tampal gigi. x habes2 dgn gigi aku ni haha. Berlubang 1 je...hehehe....tapi..tapi..tapi...yg ditampal 5 lubang!!! kata doktor gigi yg cute tu...xpe...tampal semua..sbb gigi byk yg akan berlubag ni..so tampal siap2 pasni xde lah gigi berlubang teruk. a ah, bgus jugak hihi..tp penerangn doktor tu mcm perli aku je..sbb aku tak tahu mimik muka dia mcmne mase die ckp sbb pakai mask...hahaha... lantak lah! Pastu ms nak balik die bg aku hadiah..haha jgn jeles! mybe sbb doctor tu terpikat dgn aku kot...kah kah kah! nak tgk tak hadiah ape die kasi kt aku??? nak tgk? nk tgk?? 

NAH! NI DIA HADIAH TU..HIHI

Friday, September 6, 2013

Durian + Dramatik

gambar petikan google


hahaha sungguh dramatik mlm ni...magrib td nenek ku mkn durian dgn byknye. Then, dlm jam 9 sdg aku menonton tv nenek aku ke dapur berjalan menggunakan tongkat. Tiba2 Kedengaran suara ayah ku bising.."kan td mak dah mkn durian tu" kata ayah. aku pon menjengah. Nenek ku sedang melapah duiran kt dapur hahaha...durian tu dah terbukak sebb aku yg mkn dan masih ad 3 pasa yg belum dibuka. Aku terkejut...eh, boleh pulak nenek aku bukak durian tu sndri. Pastu aku pon saje menyakat nenek aku.."tok, kite punye mane? td tok da mkn byk..ni tok mkn kite punye!" terus tok ckp..ad skit lg amek la..pastu aku ckp tak cukup, nenek ku sekadar tersengih shje..then aku pun buat2 merajuk pastu terus beredar.  Aku pon gelak2 kt luar sambil citer kt ayah lepas tu aku terus menjamah lappy dan hanyut di alam cyber.

Tak lame lepas tu, aku perasan yg nenek ku kembali ke ruang tamu dan duduk diatas kerusi di meja mkan. Tanpa disedari Ayahku berbicara.."mak! knp habes kan durian kt dapur tu?? tak tinggalkan untuk ayah?? mak ni..kalau mkn dah tak igt org...org lain kalau mkn igt mak...mak ni kuat mkn tau...nnti ssh nk jalan!" Nenek ku trus berkata..."ha?? ye ke?? mak mkn sume ke? Alahai kesianya ayah kau, dah xde ap untuk die...ap die nk mkn...belah la perut mak ni...mak makan kuat tak igt org!". Ayah pon berlalu pergi. Aku dari td asek tgk je...tak berganjak dr meja lappy aku ni. Aku terkejut jgk sbnrnya..ish org tua ni..dia habes kan btl2 durian tu rupenye...kuat btl die mkn. Mungkin sbb die da nyanyuk dan dan tua..pastu telinga die x dengar sbb tu die hbeskan durian tu kot.

Tp dgn tibe2 aku dgr suara atok aku berbicara dgn nenek aku. Fuh, yg ni dramatik ni aku nk citer. Atuk aku tnye ape tau...cmni bunyinye " kau ni dh knapa menangis?" nenek aku jwb "aku teringat kau..sbb tu menangis..sob sob" Atuk aku sekadar "hehehehhehe" smbil senyum. Atuk aku igt nenek tu syg sgt laa kt dia kononnye smpai menangis. padahal die tak tahu nenek dah bedal sume durian kt dapur hahaahha. kalau atuk tau mmg kene mrh dgn atok ni haahha. Aku plak terkejut, laaa menangis pulak org tua ni...pastu ayah keluar dr bilik seraya berkata..."ayh nk g beli durian...nnti atok ko kempunan" ayah pon berlalu ke pasar malm sungai kerak di daerah marang.

Nenek pon dah kenyang smbil ckp, nenek da kenyang..nk masuk tidur dah... atok pon same kenyang mkn nasi lemak...then diorg masuk tidur. selang 10 minit makcik datang...anak nenek yg no 3...ayah aku tu abg lah kepada makcik aku ni. Diorg slalu dtg mlm2 minggu ni jenguk2 nenek ngn atok kt sni. Tp nenek da tdo, so aku pon borak2 je la ngan makcik...sambil tgk tv...x lama lepas tu ayah aku balik bwk durian dlm 10 biji x silap. Alang2 makcik aku ada kt sni...ayah aku pon bukak la durian. Kitorg ni baru je nak jamah...dan dan je nenek keluar dr bilik, pastu terus melangkah dgn tergopoh gapah duduk kt kerusi berdekatan dgn kami. Seronok tgk anak die dtg la kot...tp anggaranku berbaur kemusykilan sbb nenek x seperti biasa minta dicium pipi oleh anaknye...tp meminta durian dgn menghulur tgn yg terketar2 sbb da tua.

Aku terus tergelak..eleh nenek ni...baru kejap tadi menangis sebb kesal dgn perbuatannya yg mkn durian tak igt org...pastu da lupa. adehhh! lawak la nenek ni...almaklum la da nyanyuk hahaha...

P/s : Macam tu lah kita bila tua nanti...pendengaran kite, penglihatan kite, ingatan kita sume akan hilang. Allah akan tarik nikmat sedikit demi sedikit akhirnya kembali seperti kanak2....dan kanak2 pula diberi nikmat sedikit demi sedikit.  :)

*Serius nenk mkn byk giler duiran hari ni!
*Nenek ni menangis betul ke lakonan semata2 je tadi?? ahahha...that was joke!

Jeling dan Tadah

Oh Friday...today was a lovely day :)

Haa...hari ni hr jumaat...ap lg, dh aku ni dilahirkan sebagai jejaka muslim maka wajib lah aku ke masjid solat jumaat..hehehe. Mesti korg fkir alahai...pasal solat jumaat pon nk kecoh...nk citer die p solat la tu huh!
Salah! salah sama sekali...aku just nak share je...pasal nostalgia dulu2 hahaha.  Meh aku story mory skit... masjid ni ad 4 pintu 2 depan 2 belakng...kiri dan kanan. Aku lau p masjid ni..mmg x sah lau x pilih pintu dpn sebelah kiri...ms kecik pon same tp pintu blkg sbb biasanya bdk2 duk saf paling belakang..mybe sbb pintu kiri ni lebih selesa sbb menghala ke dlm kmpung. Pintu kanan plak menghala ke Jalan raya yg penuh kesesakan dan fatamorgana itu cewah! muahaha...
Sbnrnye citer kt atas tu xde kene mengene pon kih kih kih...tp xpa, haa ni nk habaq mai ni...td aku duk la saf kt depan..tp ad sorg budak mybe darjah 6 la kot cmtu...aku duk tepi bdk tu sbb kt area situ je kosong. So aku dgrla khutbah ms tu...then aku pun tadah tangan sbb ada doa...pastu aku prasan budak tu jeling2 tgk aku dan org lain sume tadah tgn die pon tadah tgn jugak...hahaha...ms tu aku tersenyum sengsorag sbb aku teringat time aku kecik2 mcm tu jgk...tak tahu mn 1 doa mn 1 khutbah...nk dpt kepastian tgk org dh besar...lau diorg tadah tgn..kite pon tadah...diorg amin aku pon amin...hahahah! Tp aku ms kecik lg teruk...tadah tangan sambil borak2, tu kire ok lagi...tadah tgn smbil main tolak2 pon ade...yg lagi dasyat tadah sambil main lari2 kehulu kehilir...hahaha..jahilnye aku ms tu. Ms solat pon same dulu2...tgh2 solat ni...duk main pijak2 kaki kwn sebelah...pastu thn gelak takut org2 besar marah...hahaha...tp kire ok la..aku masih dlm kodisi dlm solat...member aku yg lain lg teruk...diorg ni da la tak solat..pastu time org solat die dtg kt blkg then ambil songkok sembunyikan...pastu wat2 x thu...smpai da nangis bru kasi...hahaha...kuang ajaq!
dah la..tu je nk bg tau..nostalgia solat jumaat aku..korg pulak cmne :)

* aku sgt pasti korg msti ad pengalaman selipar kene curik kan???