Saturday, October 26, 2013

Diam aku...

assalamualaikum....

ungkapan paling indah bagi kebiasaan permulaan ayat dlm setiap entry yang pernah aku "publish".
Sebelum ni pernah aku post 1 entry semasa sehari sebelum sambutan hari raya qurban.

Hari ni jari aku mula kembali bertumbukkan diatas papan kekunci yang semakin usang...walau tidak seutuh dulu, tp aku gagahkan juga. Ini bermakna 12 hari atau hampir 2 minggu aku diam seketika. Diam aku bukan sahaja di laman bernama "blogger" bahkan juga kehidupan maya yang digilai umat manusia millenium iaitu "facebook". Diam aku juga bukan terbatas disitu, namun diam aku...terus diheret dari pekikan sistem android "whatsapp", "kakao Talk", "weechat", "viber" dan segala kecanggihan termasuk "acer aspire" aku yang dah berusia 4 tahun dibawah jagaan aku.

...........Tarikh keramat 24, 25, dan 26 bulan Oktober telah pun tiba..........

Berlangsungnya hari yang kutunggu selama 3 tahun dengan penuh harapan serta disulangi kesabaran, perit, suka dan duka.....akhirnya musnah tanpa diduga. Ya! Majlis Graduasi atau Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan di PICC Kuala Lumpur hanya tinggal kenangan yang tak mungkin wujud 2 kali. Dek kerana "diam" aku yg terseret....sekaligus aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis yang bermakna itu.

Hari makin berlabuh. Aku masih diam. Hanya kadang2 smart phone membingit dan diberi tindak balas. Itu pun bukan secara terus. Entah mesej dihantar bila baru sekarang diberi respon. Semua ini disebabkan kapsul2 dadah yang terpaksa aku telan. Bluerk!...pahitnya kurasa setiap 4 jam, sampaikan aku tak berdaya tuk hidup normal dek kerana kesan dadah itu...badanku jadi lemah dan sentiasa membuat aku terasa berada didalam kepompong.....justeru aku diam.

...................................Rawatan Pakar.............................

Entah bila aku akan sembuh dari penyakit ni. Sukar aku nak describe. Rawatan pakar pertama aku jumpa Dr. Lee. Satu das injection singgah di pinggul aku yang dah lama berselindung. Katanya aku mengalami masalah saraf berdasarkan penerangan aku dimana aku merasa sakit seluruh badan seperti ditumbuk dan jatuh. terasa sakit disetiap otot dan urat. Tambahan ketika itu aku bercampur demam. Maka aku telah di iktiraf sebagai pesakit urat saraf atau demam urat kata org kampung. Lalu aku dibekalkan dengan kapsul2 dan butang2 dadah.

Tak habis disitu.....sakit saraf aku mula merebak ke bahagian jari tangan kiri, Siku kiri, lutut kanan dan tapak kaki kiri. Aku semakin hairan. Kenapa reseptor sakit kian menggila? Aku menahan rasa itu, tapi tak tertanggung apabila jari manis kiri aku bengkak seperti diisi kekabu bantal. Sakitnya bukan kepalang...hanya air batu menjadi peneman.

Rawatan pakar diambil sekali lagi. Kali ni Dr. Suhaimi pula. Hasil dari penelitian...aku disahkan mengalami radang. Radang? aku pun kurang mengerti...kerana anggaran itu di susuli dengan ujian darah dan air kencing yang dpt diketahui selepas 1 minggu. Akhirnya semalam aku mengambil report ujian darah dan urin. Sel darah putih aku meningkat. Ini bermakna aku mengalami jangkitan kuman dalam bdn. Ubat kian bertambah, sakit makin menggila. Akhirnya Pakcik aku berikan ubat Gout. Ya...simptom yg aku alami saling tak tumpah seperti gout. Maka aku makan kesemua ubat yang diberikan. Ubat saraf, ubat radang, ubat gout dan ubat herba! Hapir 30 biji pil 1 hari aku telan. Sampaikan 1 malam tu aku hampir pengsan kerana tindak balas ubat yang keterlaluan mungkin.

Alhamdulillah...hari ini aku sudah semakin baik. Tapi jari aku masih lagi sakit dan tidak normal (membengkok)....tak boleh digerakkan dan lutut kaki kiri masih lagi mencucuk. Tapi aku sudah boleh berjalan dan membancuh air dgn sendiri. Aku tidak lagi terdampar diatas tilam berhantu itu lagi. 

.................................................Rakan rakan....................................................

Rakan2? hanya sorang je aku bg tahu iaitu kechik. Bukan aku nak merahsiakan. Tp aku rasa selesa jika tiada orang yang tahu. Aku cukup rimas jika diketahui mereka yang tak  putus2 bertanya dan tak putus2 memberi ucapan di "muka buku" berkenanan sakit yang aku alami. Untuk apa semua itu!? Cukuplah sekadar diucapkan pada private message. Tak perlu nak digembar gemburkan. Cukup lah kecik sahaja yang tahu. itu pon aku terpaksa bg tahu sebb aku takut dia igt aku nk menarik diri dari bisnes yg kami sedang jalankan. Skali skala aku menjengah ke 'muka buku" melihat gmbar rakan2 yg sedang bersorak gembira meraikan hari konvokesyen. Cukuplah sekadar melihat teman2 gembira. Aku? hmmmm....aku tak mmpu jelaskan.

bhgian atas makin bengkak mcm mata cincin dah..sakit giler!!

jari manis bengkak mendadak bhgn sendi..kalau belah akn keluar mcm kapur.

nak kasi sejuk dan surut bengkak. daun semalu.
*nota kecil ----->

# maaf kepada kecik yg terpaksa diamkan perkara ni disebabkan aku suruh dia jgn hebohkan.
# kepada kenalan yg terbaca blog aku ni...cukuplah sekadar pengetahuan kamu disini.
# blog ni hanya ditulis untuk tatapan sendiri dihari tua....jika ada yang membaca, jd kan bahan bacaan ini yg      mmpu membuang masa anda.


Monday, October 14, 2013

Cuti Raya Haji

assalamualaikum...wht.

aku rasa sudah lebih sepurnama aku x meng"update" blog aku ni...since aku tinggalkan kampung trus aku busy dgn kehidupan aku di kuala lumpur. Sekarang aku dah kembali ke kmpung halaman. Kebetulan abgku mahu pulang beraya haji di kampung, jadi aku tumpang sekaki. 
Tapi kepulangan untuk bercuti dan bersuka ria bertukar menjadi sedikit duka. Hah! duka yg xde lah duka sangat. Tapi agak menyakitkan. Demam Urat. Yaa...demam yg tak pernah aku alami sepanjang umur hidupku. Hari ni merupakan hari ketiga aku dikampung. Maka 3 hari lah aku melewati hari2 yang mendukacitakan ini.
Hari pertama, sesampai aku dikampung...keluar je dari kereta aku rasa mcam urat2 dan sendi2 aku sakit. Aku membuat andaian tersendiri. Mungkin sebab aku tidur sepnjg perjalan dan duduk dlm posisi yg menggerikuk menyebabkan sendi dan urat ku jd tersekat dan sakit. Disamping kerongkong aku memang dah terasa sakit2 petanda aku kan demam sekejap lagi. Tapi aku degil dan membiarkan virus2 itu terus menceroboh sekujur tubuh aku tanpa disekat oleh parasitamol. 
Hari ke dua aku demam dan badan2 aku rasa macam dibelasah sekumpulan gangster. Mane x sakit...semua urat2 aku rasa mcm dipotong dan rasa sakit seperti ditumbuk. di pinggang, tapak kaki, peha, dan siku. manakala bhgn lipatan ibu jari kiri serta hujung ibu jari kaki terasa seperti digigit serangga. Aku pun ade terfikir macam kene gangguan makhluk halus. tapi aku x pasti...dan mungkin tidak. Malam tu aku mkan ubat.
Hari ketiga, aku bngun tidor, rasa sakit dah kurang, sakit tekak da kurang, tapi masih ada rasa sakit di bahagian tapak kaki kiri, sendi kaki kanan dan siku sebelah kiri. Aku rasa mcm dah orang cacat jalan terhincut2. 
Bilalah agaknya sakit ni nk hilang...doa dan tawakal je lah.

# Esok dah 15 hb 10 bersamaan hari raya qurban. Selamat hari raya haji kepada para muslimin dan muslimat.