Monday, October 14, 2013

Cuti Raya Haji

assalamualaikum...wht.

aku rasa sudah lebih sepurnama aku x meng"update" blog aku ni...since aku tinggalkan kampung trus aku busy dgn kehidupan aku di kuala lumpur. Sekarang aku dah kembali ke kmpung halaman. Kebetulan abgku mahu pulang beraya haji di kampung, jadi aku tumpang sekaki. 
Tapi kepulangan untuk bercuti dan bersuka ria bertukar menjadi sedikit duka. Hah! duka yg xde lah duka sangat. Tapi agak menyakitkan. Demam Urat. Yaa...demam yg tak pernah aku alami sepanjang umur hidupku. Hari ni merupakan hari ketiga aku dikampung. Maka 3 hari lah aku melewati hari2 yang mendukacitakan ini.
Hari pertama, sesampai aku dikampung...keluar je dari kereta aku rasa mcam urat2 dan sendi2 aku sakit. Aku membuat andaian tersendiri. Mungkin sebab aku tidur sepnjg perjalan dan duduk dlm posisi yg menggerikuk menyebabkan sendi dan urat ku jd tersekat dan sakit. Disamping kerongkong aku memang dah terasa sakit2 petanda aku kan demam sekejap lagi. Tapi aku degil dan membiarkan virus2 itu terus menceroboh sekujur tubuh aku tanpa disekat oleh parasitamol. 
Hari ke dua aku demam dan badan2 aku rasa macam dibelasah sekumpulan gangster. Mane x sakit...semua urat2 aku rasa mcm dipotong dan rasa sakit seperti ditumbuk. di pinggang, tapak kaki, peha, dan siku. manakala bhgn lipatan ibu jari kiri serta hujung ibu jari kaki terasa seperti digigit serangga. Aku pun ade terfikir macam kene gangguan makhluk halus. tapi aku x pasti...dan mungkin tidak. Malam tu aku mkan ubat.
Hari ketiga, aku bngun tidor, rasa sakit dah kurang, sakit tekak da kurang, tapi masih ada rasa sakit di bahagian tapak kaki kiri, sendi kaki kanan dan siku sebelah kiri. Aku rasa mcm dah orang cacat jalan terhincut2. 
Bilalah agaknya sakit ni nk hilang...doa dan tawakal je lah.

# Esok dah 15 hb 10 bersamaan hari raya qurban. Selamat hari raya haji kepada para muslimin dan muslimat.

No comments:

Post a Comment