sekadar gambar hiasan |
Jam 8 malam. Aku dan kawanku keluar merewang kesana sini menaiki kereta di bandar Kuala Terengganu. tiba di satu tempat, diantara restoran KFC dan Pizza disebelah kanan jalan manakala disebelah kiri pula adalah Watson. Rakanku menghentikan kereta. "hendak kemana?" Tanya aku. "ke watson, carik brg skit, jom!" Ajakan pantas farid kepadaku. setelah membuat bayaran dikaunter, kelihat baki ditangan farid sebanyak 5 ringgit. kami terus melangkah keluar dari Watson.
Hanya beberapa langkah hendak ke kereta, kami disapa seorang budak yang umurnya tidak diketahui tetapi anggaranku mungkin sekolah rendah dan kelihatan normal kesihatannya, normal juga pemakaiannya, petah serta bersahaja percakapanya yg berbunyi " bang! mintak duit 5 ringgit?". farid rakan ku yg sedia memegang baki 5 ringgit tadi trus menghulur sambil bertanya "nak buat ape dik?". Dengan sedikit terkial "err..nak buat makan" kata budak tersebut sambil mengambil duit dgn pantas dan terus beredar. aku terkasima melihat situasi itu...pelik..hairan dan mcm2 lagi. bukan kerana melihat bdk itu, tetapi melihat perempuan tua yang jarak sedikit kebelakang dari bdk itu. umurnya lingkungan 50-an persis si ibu kepada budak itu dan kelihatan seorang lagi disisinya yang sebaya mungkin bersama dgn seorang bdk perempuan sambil melihat kami. Budak lelaki yang beredar tadi trus berjalan disisi perempuan tua itu.
Dalam kehairanan aku dan Farid meneruskan langkah masuk ke dalam kereta. Sebelum Farid memutar kunci untuk menghidupkan enjin kereta, aku terus berbicara bagaikan persoalan yang dah terpendam lama. "farid, ko tak rase pelik ke?". kelihatan farid seperti bingung "Ape yang pelik?" tanya farid. "Ye lah, budak yang mintak duit 5 ringgit tu. Mcm kebetulan pulak, sebab kat tangan ko mmg ada 5 ringgit kan?" aku cuba mendapat kepastian. "a ah lah...lepastu x nampak mcm org susah pon" farid kehairanan. "Tu yang aku musykil tu...aku tgk mak die pakaian mcm mak aku jugak siap ade rantai emas kt leher..x tau la tulen ke tak, tp serius tak nampak mcm org susah, silap2 aku lg susah!". kata aku dengan penuh emosi. "Ish ko ni, mn tau die dlm kesempitan ke..tp better kite tgk diorang dulu nak?" farid cuba mendapat kepastian. "Tapi aku tak pernah jumpe org mintak duit macamtu pastu jalan 1 family plak tuh!". Aku membentak sebab pelik. "Aku pon hairan, xpe kite usyar!" kata si Farid.
Kelihatan mereka masih di situ, tapi sedikit dihadapan. Namun tak membataskan penglihatan kami. Kami terus duduk dalam kereta tanpa kemana-mana sambil memerhati. Dah macam ditektif Conan plak aku rasa, sedikt ketawa kecil didalam hati kerana rasa janggal dengan situasi ni tambah lagi melihat telatah Farid yang sangat tekun memerhati sehingga mulutnya memuncung kedepan dan kening sedikit berkerut. Sedang kami memerhati, kelihatan budak tadi melakukan aksinya seperti biasa, meminta duit RM5 kepada sesiapa saje yang lalu pasti ditanya. Tak kira lelaki, perempuan, tua dan muda.
Dalam beberapa minit mereka beralih lokasi kesebelah jalan. Kami terus menoleh ke sebelah jalan. "KFC! Pizza! takkan kot!?" jerit aku dengan nada tak puas hati. "Tadi die ckp duit tu nk buat makan kan?" tanya aku pada Farid. "Choii!! bedebah punye budak!" makian Farid mula keluar dr mulutnya terhadap budak pengemis tadi. "Amboih..mcm x iklas je bg duit td?" aku berseloroh. "Eh mana ade...aku ikhlas la, tp ni dah lebih..aku pun jarang skali mkn fastfood tau tak!". jawab farid sedikit bengang. "Eh, cop! die bkn p makan la..tu nmpak, die p kat kembara hijau." Tanpa diduga keluar seorang lelaki yg umurnya lingkungan 40-an anggaranku, sedikit muda dari perempuan tadi sambil mendukung bdk kecik dan terus pass budak tu kat perempuan yang berantai emas tadi.
"Woih! apebende ni..aku tak faham rrr...sindiket ke ape?!" aku dah mula bingung. "Aku pon tak pasti la diorng ni ape...maybe diorang ni pengemis profesional tak?" tanya farid. "Kepale otak ko...aku tak rasa macam tu lah." aku membantah sambil melihat pergerakan curiga mereka. Mereka masih lagi berlegar2 dihadapan KFC yang bersebelahan Pizza. Orang ramai sangat sibuk lalu lalang disitu keluar masuk. Tanpa disedari mereka telah pun menaiki kembara tersebut dan terus menghilangkan diri.
Aku dan Farid hanya mampu memerhati kembara tersebut hilang dari pandangan sedikit demi sedikit. "Jomlah balik, dah lambat ni..atok aku lapar kt rumah tuh" aku bersuara. "rezeki die lah hari ni" kata farid sambil menekan pedal minyak dan terus memecut laju. Dalam perjalanan menghantar aku pulang, kami tak banyak bercakap...sekadar mendengar radio yang petah berbicara dengan dengan rakus dan sesekali irama lagu diputarkan. Sampai aku di rumah trus aku terfikir kembali kejadian tadi. Dek kerana kejadian tu, aku terimbau kembali keratan akhbar yang aku pernah baca dahulu. Tajuk akhbar yang bercetak 'Mengemis adalah Profesyen di Malaysia'. Trus otak aku teringat kata2 si farid tadi. Betul ke tadi tu pengemis profesional??
Selang beberapa hari, sedang aku menikmati otak-otak sambil menonton filem melayu tiba2 telefon bimbit ku bergetar dan mengeluarkan bunyi. Ada pesanan ringkas masuk dari aplikasi kakao talk. Kulihat Pesanan ringkas dari farid bercoret "weh, aku terserempak lagi dengan pengemis pofesional hari tu..tapi kali ni aku tak bagi dah RM5 kt diorang hehe, tapi aku bagi kt pengemis tak profesional plak. :)"
Sekian,
chronicle a.m.
mak aih..teruk bonar penulisan aku nih. Ni merupakan Cerpen pertama aku create based on my real life story. Sorry kalau penulisan aku buat korang terus rs nak tido..haha..masih dalam percubaan :)
ReplyDelete