gambar sekadar dipetik google |
Hari ni 2 Ogos 2013, bersamaan dengan 24 Ramadhan 1434 hijrah. Hari yang agak misteri bagi aku. Berlaku dua kejadian ganjil yang tak pernah aku alami sebelum ni. Semalam aku menjalani rutin harian seperti biasa. Makanan berbuka pun seperti biasa. Nasi ayam, yang bertukar hanya air...biasanya air kosong dan lemon ais yang dipetik belakang rumah, kadang-kadang milo 'O' ais tapi semalam tergerak hati nak beli air oren madu. Minum pun tak habes, separuh gelas.
Waktu sahur seperti biasa, nasi putih dan ayam percik. Minuman seperti biasa air kosong dan milo 'O' ais. Kadang-kadang air kosong dah cukup. Selesai Solat subuh aku online sementara tunggu mata mengantuk dan sambung tidur. Sepanjang malam aku berjaga, macam-macam pengisian aku buat. Upadate blog yang tiada follower, buat research tuk mengasah bakat sebagai graphic designer, tonton animasi jepun, mencari creative blogger tuk di follow dan macam-macam lagi.
Akhirnya aku tidur tanpa dihitung. Sedar tak sedar, jam sudah 11 pagi. Tapi ade sedikit keganjilan berlaku pada jari manis sebelah kiri. Aku tatap, aku sentuh, aku hairan. Kenapa jari aku bengkak secara tiba-tiba? bila ia membengkak? sakitnya tak seberapa. sekadar rasa digigit anak kucing ajak bergurau. Terus ku adukan pada Abi ku (ayah). Sapulah minyak geliga atas saranan Abi. Selesai sapu, kubaring diatas katil sambil menilik jari chubby akibat bengkak itu. Dek kerana empuknya tilam, aku lelap. Sehinggap ke petang. Ini brmakna aku telah meninggalkan solat Jumaat ku. Kulihat jariku masih dalam kondisi seperti pagi tadi.
Hari dah nak magrib, aku bersiap tuk berbuka. Hari ni aku brbuka seperti biasa. Cuma cara sahaja berbeza. Biasanya aku terus melahap nasi ayam sehingga licin. Tapi hari ni cukup sekadar kuih belimbing dan air Tea 'O' panas dan terus aku solat Magrib awal dek rasa bersalah akibat meninggalkan jumaat. Selesai solat, aku menjamah nsi ayam seperti biasa. Licin, hanya tulang menulang sahaja ditinggalkan.
Selesai sahaja, aku menonton tv. Ketika itu aku terpandang meja sebelah kiri. Ada beberapa najis cicak disitu. agak terasa geli. Terus aku mengalih pandangan ke kaca tv, tiba-tiba ada sesuatu jatuh keatas rambut ku, dan trus jatuh lagi ke kain pelikat ku dan terus jatuh kelantai. Aku mencari kepastian, adakah cicak durjana membuang sisa kumbahan. Ternyata tidak kerana aku terkejut melihat seekor lipan. Rupanya lipan yang jatuh menimpa aku. hairan aku bkn kerana jatuhnya dari atas, tapi pergerakan mengiringnya menjadi persoalan. Lipan jalannya lurus bkn mengiring mcm ketam. Abi terus menghenyak kepala lipan dan ajal menemuinya.
Aku terus teringat akan jariku yang bengkak pagi tadi. Aku cuba kaitkan dengan lipan jalan mengiring tadi. Tiada andaian. Jika benar lipan itu yang menyengatku, dimana kesan gigitan. Tiada. Aku hairan. Apakah ada maksud tersirat disebalik kejadian tersebut. Jika ada, apakah? Hanya tuhan shaja yang tahu, ap yang berlaku sebelum dan selepas, dilangit dan dibumi.
P/s : sebelah kaki lipan tu ade tertinggal kt atas meja..sape rase mcm keramat...boleh hubungi saya untuk mendapatkanya :p
No comments:
Post a Comment