Thursday, August 22, 2013

New logo R4BIA

Assalamualaikum,

belakangan ni, am tgk ramai friendlist am menukar DP atau avatar masing-masing menggunakan simbol kuning empat jari..bertulis R4BIA. Am pon tak tahu apa maksud pada asalnye..then am buat sedikit research. Mungkin ramai diantara kita yg tak tahu maksud disebalik simbol tersebut...so am akan buat sedikit pencerahan berkenaan simbol R4BIA.



  • Dalam bahsa arab, Rabi'ah/Arba'ah bermaksud empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan simbol KETEGUHAN, KEKUATAN, PERLAWANAN dan PERSATUAN untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu  (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
  • Tujuan simbol ini dipakai pada media sosial adalah sebagai tanda sokongan terhadap Morsi (mesir) tanda cakna terhadap penindasan yang berlaku di Mesir.
  • Ia juga bertujuan supaya menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di mesir sekrang ini yang semakin teruk.
Dengan ini, am rasa korang sume dah tahu apa yg tersirat disebalik simbol atau logo tersebut.

*Disini am juga tergerak hati untuk membuat simbol atau logo menggunakan krativiti am sendiri yg diilhamkan oleh logo asal itu sendiri. Am sediakan gmbr logo tersebut untuk tatapan korang atau menggunanakan logo ini.

yang cakna | AM | aimi mokhtar


No comments:

Post a Comment