Assalamualaikum semua kepada pembaca...
hari ni aku ade sedikit pandangan...atau lebih kearah keluhan mungkin?
Siapa yg dah tgk Super Spontan 2013?? aku rasa, ramai diantara kita yg dah tgk. Aku sndri pon dah tgk walau siaran astro rmh aku ni xde channel tu. Aku tgk online je hahaha. Sape x minat dengan pelawak2 kita yg sgt kelakar dan mencuit hati bila bertelatah di atas pentas...lebih2 lagi secara spontan. Aku juga merupakan peminat diorg.
Tapi aku kurang berkenan betul dgn idea permainan yg masak2 tu. Mmg dari sblm 2013 lagi. Sebab pembaziran makan. Sebelum ni aku ad tgk 1 video (bkn super spontan) dimana ada seorang artis perempuan ni mempermainkan makanan...dengan melenyekkan burger menggunakan tangan...justeru ia terus menjadi 1 isu yang agak hangat. Namun jika dibandingkan dgn super spontan, aku rasa ia lg teruk. Mee kuning di lunyai2kan diatas kepala buat mcm rambut, dilunyaikan pada muka dan dicampakkan ke lantai. Lepastu Telur rebus yang sudah siap dikopek dan dibelah, di ramas2 sehingga hancur dan disapu ke muka dan dicampakkan ke ke lantai. Masih banyak lagi bahan2 lain yang berunsur makanan diperbuat sebegitu rupa. Aku sangat sedih melihat rezeki yg dikurniakan di buat sedimikian rupa. Aku sendri rasa sayang pada telur2 dan mee kuning tu...sbb aku suke mkn rojak mee mamak!. Dalam hati aku ms tgk aksi tu rasa mcam x msuk akal perkara ni di pertontonkan didalam kaca tv dan diperhatikan oleh semua rakyat malaysia tanpa segan silu dan bersalah. Walaupun ia sekadar untuk melawak, tapi ia tetap satu perbuatan yg sangat keji. Sebagai contoh, lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalaman. Bersalam itu bagus dan tanda penghormatan, tapi jika bukan muhrim ia tetap menjadi satu dosa. Nampak??
Bukankah masih banyak lagi cara atau idea lain untuk berlawak. Kalau nak sangat menggunakan bahan seperti mkanan, gunalah mkanan palsu yg bkn diperbuat drpd makanan betul. Jika sekadar membuka gelanggang, tapi tidak memikirkan akan akibat dan bahana yg bakal timbul...dimana ketelusan dan kreativitinya? Bukanlah aku ingin menunjuk yang aku ni bagus, aku juga tidak sempurna. Akan tetapi, ini jelas menunjukkan sikap, jati diri dan peribadi (islam) pada insan masa kini (rakyat malaysia yg aman dan maju) sudah semakin luntur.
Cuba kita lihat disekeliling kita. Masih ada org yg makan sekadar sekali sehari berikat perut kerana tidak mampu. Tapi masih ada mereka2 yang mempermainkan makanan sebegitu rupa dan dipertontonkan secara luas tanpa rasa bersalah. Masyarakat kini seolah2 boleh menerima penghinaan seperti ini. Dulu ms kecik2, ayah atau ibu kita akan larang dan marah kita buat sesuatu yg salah...tapi kini bile kite dah besar, kita lah yang akn mewarisi perjuangan org tua kita. Bukan Mengiakan dan melihat sahaja perkara yang dilarang.
Disini, aku hanya memberi pandangan dari sudut peribadi aku sendiri. Bukan brniat untuk menunjukkan diri ini lebih molek dari kalian. Sedangkan diri ini juga masih banyak kekhilafan.
Dengan ini, marilah kita berdoa kepada Allah swt...agar dilindungi iman kita, dipelihara diri kita dari kesempitan pemikiran melakukan perkara2 yang tidak sihat dan berdoa agar sentiasa menjadi seorang hamba yang tidak terlepas mendapat hidayahnya.
Yang Cakna,
AM | Aimi Mokhtar
No comments:
Post a Comment