Friday, December 11, 2015

Diy Aquarium

Assalamualaikum wbt!

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog aku. ( xde org pon yg baca blog hampeh ni huhu). Tapi ape pon aku tetap nak update! Hambek mung! Hahaha…(gila dah aku ni). Ni lah penangan akibat lama x update blog. Rasanya da bertahun aku x bukak blog aku ni. Huhu. Ok, malas nk membebel (cheit! padahal dah bebel). Kali ni aku nk citer pasal akuarium wat sendiri.

Citer die cmni….Semenjak aku balik kmpung ni…duk sorg2 kat umah naik bosan plak aku. Entah ape aku nk buat supaya boring ni x mengganggu hidup aku. Lantas dikala itu aku terpndang seketul bekas air lama yg dah berlumut terbokang di celah2 timbunan barang yg nak dibuang. Entah camno tah den tetibe terpikir nk bela ikan pulak. Den tgk elok je bekas tu an…den pon apo laei. Terus sental dengan berus la... kasi bersih tahap urin test xkan sangkut punye!  Pergghh…cantek beb. Tapi den tak pueh hati…den poei kedai siti tu ha..den terus beli spray can caler puteh. Hasilnye mmg superb beb. Den raso an..kalo korg tgk kompom korg nk beli nih. Tp kim salam la yo..den x layan dee (terlebih riak la pulak).


Berbekalkan abg den yg  berpoket tobal ni ha..ap gune lau x dimanipulasikan an..den pun paw la skit..den bawak poei kedai aquarium kek pusat bndar tu ha. den mintak lah belikan brg2 keperluan untuk sebuah aquarium..den x ambik byk...ambik sikit jo..yg perlu jo. 

Pokok plastik bulat - 1
pokok plastik bulat - 1 (tp kaler lain skit)
pokok plastik bosar merimbun - 1
pkok plastik kaler pur - 1
batu kecik2 kaler putih biru - 1bag (eh salah, 2 bag )
batu2 karang - 1 bag
pam oksigen - 1
filter - 1
last skali
wire pipe + air stone 1

Ok, den raso cukup lah ni yo. Haaa! tak byk kan? kan? kan? Hahahahha. Abg den tanyo…akuarium ekau ni  bosar bonar ko?? Hehe den ckp…tak baik buruk siku tauu hihi! Bilo brg dah cukup..apo laie, den setup la aquarium den dgn penuh kasih sayang.  Maka terhasilah Akuarium DIY den ni…yang den namakan AQUADIY. (cheit poyo je an, xdo namo pon benonye..bile nk masuk blog ni tetibe plak raso nk bg nm haha)




Ha! Ni lah hasilnye..! Gmbar sebelah kiri tu baru lepas setup..ikan xdo laie. Gmbr yg sebelah kanan tu den da taruk ikan dah..waktu mlm…den taruk lampu kat atas (terer x den) huhu.



haa...Yang last ni den zoom in la skit..kasi nmpk ikan tu haaa. Tp..disebab kan den tamak haloba time duk beli brg tu..den raso tak muat nk sumbt semuo pokok2 tu haa. Maka den tukar2 la decoration bilo den tukar air kuikuikui. Tu gmbr full sebelah kiri tu..kan lain decorationnye. Batu bosar kaler oren2 kuning tu den ambik kt bawah rumah jo..den tak beli tauu…igt den ni apo…semuo bondo nk beli. Ekau ni..den pon risau gak pelompang abg den singgah kek muko ni ha..haha!

Haa! Cubo ekau cakap..tang mano nk jumpo akuarium bentuk silinder mcm den ni..takdo do. rare ni! Tak pornah den jumpo kedai akuarium jual akuarium bntuk cmni ha..bese den nengok bentuk petak tu je an..hehe. Ikan den bela ni..ade la 2,3 spisis…tp den tak tau sgt jenis2 ikan ni. Yang den tau..ikan guppy, ikan molly dgn ikan bandaran. Yang mcm ikan sepat kaler oren tu den tak tau la apo namo ey..Skang ni ikan den dah beranak pinak dah. Tp ikan molly je beranak..yang lain tu mampuih tak tau pasai apo. Ikan guppy plak copet bonar eh mampuih..dlm 3 minggu bela mesti mampuih. Yg betul2 tahan ikan bndaran tu ha..tp copet membosar die ni..aku beli kecik besar jr kelingking..skrg ni dah 2 ibu jari..terus den tak berminat..bg je la kt kwn den.

Sekian lah crito den kali ni. Next update den nk crito pasal aquarium gak..tp bkn akuarium ni…haa, nk tau apo crito den…singgah2 lah yo…adios!!

Monday, April 7, 2014

intrepetasi melonjak!

Salam pembuka nota!

Hari ni aku update sbb mudah nk mengupdate. Knp mudah? sbb aku baru je lepas buat keje kt laptop ni dan laptop dah sedia terbukak...so internet pon da tersedia dilayari.

Sebab kedua ialah aku mmg tgh tension habes!
Kenapa aku tension??
sebab aku terambil job buku yang julung2 kalinya aku ambik. sebelum ni aku ambek job biasa2 je such as banner flyers, logo and so on.
tapi kalau melibatkan typing ni mmg aku jd geram dan aku akan buat kerja sambil fikiran aku duk memaki hamun dek kerana due date da terlajak.
Actually, bukan salah aku pasal due date tu, dah memang org yg kasi job tu dah bg job tertunda.
Katanya semua da siap di type, cuma perlu arrange balik dalam size yg betul dan edit skit2 gmbr yg x brape elok.

Tp apa yg aku marah dan memaki hamun dlm hati???

ni sebabnya :

kate dah siap type semua padahal m/s 1-38 je...lagi 66 m/s ?? semua aku kene type balik!
Pastu gmbr pulak bukan skit2 je yg kene touch up..tp semua!!
Pastu ckp seminggu lebih mau kasi masa, padahal bru 3 hari aku pegang dah memekak2 bile nk siap!!

ok la...puas hati aku dapat lepaskan marah aku yg tependam ni dlm blog yg tersadai tanpa dilandai badai..tah ape sebabnya tersadai x tahu ler..sigh! -.-

Monday, February 24, 2014

Golongan Elit!

assalamualaikum wth.

hoi hoi...lame x update blog aku yg mmg aku sorg je yg bc haha...
hari ni aku terasa nk update plak...sebenarnye dh 2,3 hari nk update tp malas nk menulis.
rasa mcm da beku sgt dah penulisan aku ni..tp hr ni aku cuba jgk akhirnya..hahaha..
bile da start tulis, ok la...ms nak start tu yg payah...ceh! ni bkn isu ni yg aku nk ketengahkan..adeh!

ok lah, mcni...
bru2 ni aku di jemput oleh anak kepada mak angkat mak aku..kire keluarga angkt mak aku la senang citer.
aku dijemput ke majlis cukur jambul anak die...yg dilangsungkan di masjid kt kelana jaya. jadi, aku pergi dgn abg aku dan 2 org anak buah aku. Pada mulanya aku mcm mls nk ikut...sbb aku rasa agak awkward dgn family diorg ni. Diorg boleh dikatakan golongan elit atau educated la. Tp diorg ok la...x berlagak dan baik. Kaya tu mmg sah kaya la..mjlis ckur jmbul pon buat kt masjid siap ad kmbing golek n nasi beriani lg.

So..the point is..aku segan lau bergaul dgn org2 yg hadir ni..sbb diorg pon dr golongan elit. lau nk borak2 rs mcm humble je..huhu. Bayangkan..time aku mkn aku dudk semeja dgn bdk2 sekolah rendah, sbb table lain da penuh dgn mak bapak elit ni -.-

sambil aku duk mkn..ade la 4,5 org bdk duk mkn skali. tetibe ade sorg bdk pompuan tegur bdk laki sebelah aku...aku just pasang telinga je.

girl : eh, awk2...awk ckp bhasa ape..english or melay?
boy : alaah...dua2 boleh.
girl : lau cmtu nk tnye, ape maksud micro organism?
boy : thats standard 5 words not standard 4 words!
girl : blaaaa bla bla
boy : bla bla bla

aku tercengang..ap diorg borak ni???
kusangkakan duduk dikalangan budak2 aku yg elit...tp mereka tetap elit.
dlm hati aku...untunglah ko lahir dr golongan elit!

Saturday, October 26, 2013

Diam aku...

assalamualaikum....

ungkapan paling indah bagi kebiasaan permulaan ayat dlm setiap entry yang pernah aku "publish".
Sebelum ni pernah aku post 1 entry semasa sehari sebelum sambutan hari raya qurban.

Hari ni jari aku mula kembali bertumbukkan diatas papan kekunci yang semakin usang...walau tidak seutuh dulu, tp aku gagahkan juga. Ini bermakna 12 hari atau hampir 2 minggu aku diam seketika. Diam aku bukan sahaja di laman bernama "blogger" bahkan juga kehidupan maya yang digilai umat manusia millenium iaitu "facebook". Diam aku juga bukan terbatas disitu, namun diam aku...terus diheret dari pekikan sistem android "whatsapp", "kakao Talk", "weechat", "viber" dan segala kecanggihan termasuk "acer aspire" aku yang dah berusia 4 tahun dibawah jagaan aku.

...........Tarikh keramat 24, 25, dan 26 bulan Oktober telah pun tiba..........

Berlangsungnya hari yang kutunggu selama 3 tahun dengan penuh harapan serta disulangi kesabaran, perit, suka dan duka.....akhirnya musnah tanpa diduga. Ya! Majlis Graduasi atau Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan di PICC Kuala Lumpur hanya tinggal kenangan yang tak mungkin wujud 2 kali. Dek kerana "diam" aku yg terseret....sekaligus aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis yang bermakna itu.

Hari makin berlabuh. Aku masih diam. Hanya kadang2 smart phone membingit dan diberi tindak balas. Itu pun bukan secara terus. Entah mesej dihantar bila baru sekarang diberi respon. Semua ini disebabkan kapsul2 dadah yang terpaksa aku telan. Bluerk!...pahitnya kurasa setiap 4 jam, sampaikan aku tak berdaya tuk hidup normal dek kerana kesan dadah itu...badanku jadi lemah dan sentiasa membuat aku terasa berada didalam kepompong.....justeru aku diam.

...................................Rawatan Pakar.............................

Entah bila aku akan sembuh dari penyakit ni. Sukar aku nak describe. Rawatan pakar pertama aku jumpa Dr. Lee. Satu das injection singgah di pinggul aku yang dah lama berselindung. Katanya aku mengalami masalah saraf berdasarkan penerangan aku dimana aku merasa sakit seluruh badan seperti ditumbuk dan jatuh. terasa sakit disetiap otot dan urat. Tambahan ketika itu aku bercampur demam. Maka aku telah di iktiraf sebagai pesakit urat saraf atau demam urat kata org kampung. Lalu aku dibekalkan dengan kapsul2 dan butang2 dadah.

Tak habis disitu.....sakit saraf aku mula merebak ke bahagian jari tangan kiri, Siku kiri, lutut kanan dan tapak kaki kiri. Aku semakin hairan. Kenapa reseptor sakit kian menggila? Aku menahan rasa itu, tapi tak tertanggung apabila jari manis kiri aku bengkak seperti diisi kekabu bantal. Sakitnya bukan kepalang...hanya air batu menjadi peneman.

Rawatan pakar diambil sekali lagi. Kali ni Dr. Suhaimi pula. Hasil dari penelitian...aku disahkan mengalami radang. Radang? aku pun kurang mengerti...kerana anggaran itu di susuli dengan ujian darah dan air kencing yang dpt diketahui selepas 1 minggu. Akhirnya semalam aku mengambil report ujian darah dan urin. Sel darah putih aku meningkat. Ini bermakna aku mengalami jangkitan kuman dalam bdn. Ubat kian bertambah, sakit makin menggila. Akhirnya Pakcik aku berikan ubat Gout. Ya...simptom yg aku alami saling tak tumpah seperti gout. Maka aku makan kesemua ubat yang diberikan. Ubat saraf, ubat radang, ubat gout dan ubat herba! Hapir 30 biji pil 1 hari aku telan. Sampaikan 1 malam tu aku hampir pengsan kerana tindak balas ubat yang keterlaluan mungkin.

Alhamdulillah...hari ini aku sudah semakin baik. Tapi jari aku masih lagi sakit dan tidak normal (membengkok)....tak boleh digerakkan dan lutut kaki kiri masih lagi mencucuk. Tapi aku sudah boleh berjalan dan membancuh air dgn sendiri. Aku tidak lagi terdampar diatas tilam berhantu itu lagi. 

.................................................Rakan rakan....................................................

Rakan2? hanya sorang je aku bg tahu iaitu kechik. Bukan aku nak merahsiakan. Tp aku rasa selesa jika tiada orang yang tahu. Aku cukup rimas jika diketahui mereka yang tak  putus2 bertanya dan tak putus2 memberi ucapan di "muka buku" berkenanan sakit yang aku alami. Untuk apa semua itu!? Cukuplah sekadar diucapkan pada private message. Tak perlu nak digembar gemburkan. Cukup lah kecik sahaja yang tahu. itu pon aku terpaksa bg tahu sebb aku takut dia igt aku nk menarik diri dari bisnes yg kami sedang jalankan. Skali skala aku menjengah ke 'muka buku" melihat gmbar rakan2 yg sedang bersorak gembira meraikan hari konvokesyen. Cukuplah sekadar melihat teman2 gembira. Aku? hmmmm....aku tak mmpu jelaskan.

bhgian atas makin bengkak mcm mata cincin dah..sakit giler!!

jari manis bengkak mendadak bhgn sendi..kalau belah akn keluar mcm kapur.

nak kasi sejuk dan surut bengkak. daun semalu.
*nota kecil ----->

# maaf kepada kecik yg terpaksa diamkan perkara ni disebabkan aku suruh dia jgn hebohkan.
# kepada kenalan yg terbaca blog aku ni...cukuplah sekadar pengetahuan kamu disini.
# blog ni hanya ditulis untuk tatapan sendiri dihari tua....jika ada yang membaca, jd kan bahan bacaan ini yg      mmpu membuang masa anda.


Monday, October 14, 2013

Cuti Raya Haji

assalamualaikum...wht.

aku rasa sudah lebih sepurnama aku x meng"update" blog aku ni...since aku tinggalkan kampung trus aku busy dgn kehidupan aku di kuala lumpur. Sekarang aku dah kembali ke kmpung halaman. Kebetulan abgku mahu pulang beraya haji di kampung, jadi aku tumpang sekaki. 
Tapi kepulangan untuk bercuti dan bersuka ria bertukar menjadi sedikit duka. Hah! duka yg xde lah duka sangat. Tapi agak menyakitkan. Demam Urat. Yaa...demam yg tak pernah aku alami sepanjang umur hidupku. Hari ni merupakan hari ketiga aku dikampung. Maka 3 hari lah aku melewati hari2 yang mendukacitakan ini.
Hari pertama, sesampai aku dikampung...keluar je dari kereta aku rasa mcam urat2 dan sendi2 aku sakit. Aku membuat andaian tersendiri. Mungkin sebab aku tidur sepnjg perjalan dan duduk dlm posisi yg menggerikuk menyebabkan sendi dan urat ku jd tersekat dan sakit. Disamping kerongkong aku memang dah terasa sakit2 petanda aku kan demam sekejap lagi. Tapi aku degil dan membiarkan virus2 itu terus menceroboh sekujur tubuh aku tanpa disekat oleh parasitamol. 
Hari ke dua aku demam dan badan2 aku rasa macam dibelasah sekumpulan gangster. Mane x sakit...semua urat2 aku rasa mcm dipotong dan rasa sakit seperti ditumbuk. di pinggang, tapak kaki, peha, dan siku. manakala bhgn lipatan ibu jari kiri serta hujung ibu jari kaki terasa seperti digigit serangga. Aku pun ade terfikir macam kene gangguan makhluk halus. tapi aku x pasti...dan mungkin tidak. Malam tu aku mkan ubat.
Hari ketiga, aku bngun tidor, rasa sakit dah kurang, sakit tekak da kurang, tapi masih ada rasa sakit di bahagian tapak kaki kiri, sendi kaki kanan dan siku sebelah kiri. Aku rasa mcm dah orang cacat jalan terhincut2. 
Bilalah agaknya sakit ni nk hilang...doa dan tawakal je lah.

# Esok dah 15 hb 10 bersamaan hari raya qurban. Selamat hari raya haji kepada para muslimin dan muslimat.

Tuesday, September 10, 2013

Super Spontan!

Assalamualaikum semua kepada pembaca...
hari ni aku ade sedikit pandangan...atau lebih kearah keluhan mungkin?

Siapa yg dah tgk Super Spontan 2013?? aku rasa, ramai diantara kita yg dah tgk. Aku sndri pon dah tgk walau siaran astro rmh aku ni xde channel tu. Aku tgk online je hahaha. Sape x minat dengan pelawak2 kita yg sgt kelakar dan mencuit hati bila bertelatah di atas pentas...lebih2 lagi secara spontan. Aku juga merupakan peminat diorg.
Tapi aku kurang berkenan betul dgn idea permainan yg masak2 tu. Mmg dari sblm 2013 lagi. Sebab pembaziran makan. Sebelum ni aku ad tgk 1 video (bkn super spontan) dimana ada seorang artis perempuan ni mempermainkan makanan...dengan melenyekkan burger menggunakan tangan...justeru ia terus menjadi 1 isu yang agak hangat. Namun jika dibandingkan dgn super spontan, aku rasa ia lg teruk. Mee kuning di lunyai2kan diatas kepala buat mcm rambut, dilunyaikan pada muka dan dicampakkan ke lantai. Lepastu Telur rebus yang sudah siap dikopek dan dibelah, di ramas2 sehingga hancur dan disapu ke muka dan dicampakkan ke ke lantai. Masih banyak lagi bahan2 lain yang berunsur makanan diperbuat sebegitu rupa. Aku sangat sedih melihat rezeki yg dikurniakan di buat sedimikian rupa. Aku sendri rasa sayang pada telur2 dan mee kuning tu...sbb aku suke mkn rojak mee mamak!. Dalam hati aku ms tgk aksi tu rasa mcam x msuk akal perkara ni di pertontonkan didalam kaca tv dan diperhatikan oleh semua rakyat malaysia tanpa segan silu dan bersalah. Walaupun ia sekadar untuk melawak, tapi ia tetap satu perbuatan yg sangat keji. Sebagai contoh, lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalaman. Bersalam itu bagus dan tanda penghormatan, tapi jika bukan muhrim ia tetap menjadi satu dosa. Nampak??
Bukankah masih banyak lagi cara atau idea lain untuk berlawak. Kalau nak sangat menggunakan bahan seperti mkanan, gunalah mkanan palsu yg bkn diperbuat drpd makanan betul. Jika sekadar membuka gelanggang, tapi tidak memikirkan akan akibat dan bahana yg bakal timbul...dimana ketelusan dan kreativitinya? Bukanlah aku ingin menunjuk yang aku ni bagus, aku juga tidak sempurna. Akan tetapi, ini jelas menunjukkan sikap, jati diri dan peribadi (islam) pada insan masa kini (rakyat malaysia yg aman dan maju) sudah semakin luntur.
Cuba kita lihat disekeliling kita. Masih ada org yg makan sekadar sekali sehari berikat perut kerana tidak mampu. Tapi masih ada mereka2 yang mempermainkan makanan sebegitu rupa dan dipertontonkan secara luas tanpa rasa bersalah. Masyarakat kini seolah2 boleh menerima penghinaan seperti ini. Dulu ms kecik2, ayah atau ibu kita akan larang dan marah kita buat sesuatu yg salah...tapi kini bile kite dah besar, kita lah yang akn mewarisi perjuangan org tua kita. Bukan Mengiakan dan melihat sahaja perkara yang dilarang. 

Disini, aku hanya memberi pandangan dari sudut peribadi aku sendiri. Bukan brniat untuk menunjukkan diri ini lebih molek dari kalian. Sedangkan diri ini juga masih banyak kekhilafan. 

Dengan ini, marilah kita berdoa kepada Allah swt...agar dilindungi iman kita, dipelihara diri kita dari kesempitan pemikiran melakukan perkara2 yang tidak sihat dan berdoa agar sentiasa menjadi seorang hamba yang tidak terlepas mendapat hidayahnya.



Yang Cakna,
AM | Aimi Mokhtar

Monday, September 9, 2013

Hadiah Dari Doktor!

Assalamualaikum..hye!

Apa habaq semua..hehe...kali ni xde ap nk di post kan...cuma tgn ni gian nk menaip haha. Blog pon x ramai yg follow..tp xpe, at least tua nanti ad jugak sentimental value nk ditunjukkan kat anak dan cucu.. korang hado?? hahaha...riak la pulak diriku ini.

Owh! teringat plak td, ceh..dlm xde citer ade jugak nk diceritakan..hahaha. Tetibe teringat lah! nk watcmneeeee..huhu. Tadi tgh hari aku ad appointment dgn doktor gigi. bleh pulak aku confuse dgn tarik hari ni...appointment 9/9  tp aku tgk kt hp aku hr ni 8/9...aku pun musykil...aku tk puas hati aku tgk kt hp aku lg satu...tadaa! 9/9....dan aku jd makin konfuse sbb tak thu mn satu yg betul...tak puas hati lg, aku p tgk tarikh kt hp ayah aku plak... 4/1/2013 hr jumaat! langsung tak masuk akal..hhahahaha! aku trus jd bengong....smbil tertanya, hr ni hr ape ek??? tanya ayah...ayah ckp errrr...errrr...isnin kot. terus aku amek kalendar. Ha! btl la hr isnin, 9/9...tp btl ke hr ni hr isnin?? sbb td jwpn ayah mcm dalam confident level yg rendah. Tp aku macam rs btul la kut..trus amek motor dan jalannn. lalu dpn umh spupu kebetulan ad sepupu kt luar rumah.. just nk double confirmkan je...so tnye la die..tanya die pon mcm x pasti...tetibe ad kwn die lalu dgn moto...sempat jgk tnye kwn die walau keadaan moto agak laju dan tidak berhenti sambil jawb...9 haribulan!!! hahahaha....macamtu sekali... tp jwpn tu mmg aku confident giler! sbb dijawab dgn pantas, laju, dan jelas...hahahah!! 

Aku pon ape lg...masuk gear, henjut moto la p klinik gigi marang. Kehadiran aku keklinik ni sbb nak tampal gigi. Hari tu cabut gigi...hr ni tampal gigi. x habes2 dgn gigi aku ni haha. Berlubang 1 je...hehehe....tapi..tapi..tapi...yg ditampal 5 lubang!!! kata doktor gigi yg cute tu...xpe...tampal semua..sbb gigi byk yg akan berlubag ni..so tampal siap2 pasni xde lah gigi berlubang teruk. a ah, bgus jugak hihi..tp penerangn doktor tu mcm perli aku je..sbb aku tak tahu mimik muka dia mcmne mase die ckp sbb pakai mask...hahaha... lantak lah! Pastu ms nak balik die bg aku hadiah..haha jgn jeles! mybe sbb doctor tu terpikat dgn aku kot...kah kah kah! nak tgk tak hadiah ape die kasi kt aku??? nak tgk? nk tgk?? 

NAH! NI DIA HADIAH TU..HIHI